Kemudahan Disediakan

Di Ria Homes, kami menjamin kepuasan dan ketenangan anda dan keluarga anda. Segala kemudahan yang disediakan bertujuan untuk memastikan keselesaan dan kepuasan anda sebagai tetamu kami.

Antara kelebihan utama Ria Homes:
  • Mempunyai pemandangan bandar Kuala Lumpur dari balkoni rumah
  • Hanya 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, sesuai untuk anda berehat setelah seharian berurusan di bandar Kuala Lumpur

  • Privasi – Penginapan di mana anda tidak perlu risau mengenai gangguan orang luar yang tidak semena-mena boleh muncul di pintu anda. Penginapan ini dikawal oleh pengawal keselamatan, 24/7.
  • Segala kemudahan asas seperti sebuah rumah tersedia untuk kegunaan anda dan keluarga anda
  • Unit penyaman udara di setiap bilik dan di setiap ruang tamu untuk keselesaan anda.
  • 5-10 minit berjalan kaki ke stesen LRT terdekat (LRT Taman Melati) atau RM 5 untuk anda menaiki teksi ke stesen tersebut (sebuah teksi, 4 orang)
  • 10 minit ke “Uptown Danau Kota” yang terkenal dengan warung makanan dan jualan yang pelbagai (dibuka sehingga jam 1-2 pagi)
  • Di bawah penginapan ini terdapat stesen Petronas, pelbagai restoran, kedai serbaneka (7 eleven dan KK mart), McDonalds, SATE KAJANG HJ SAMURI, dan lain lain.

Kemudahan asas di rumah pula termasuk:

  • Internet kelajuan tinggi (UNIFI)
  • Kabel TV
  • Kolam Renang Club House (sesuai untuk kanak – kanak dan orang dewasa)

Kolam Renang untuk kegunaan keluarga anda

  • Hot Shower di setiap bilik mandi
  • Mesin Basuh
  • Hair Dryer
  • Seterika
  • 2 lot parking kereta bertutup dan dikawal oleh pengawal keselamatan
  • Peti Ais

  • Pemanas Air, Oven Memasak, dan juga dapur untuk kemudahan anda
  • Meja Makan yang luas
  • Rooftop Garden dimana anda boleh berehat dan menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari aras rooftop!

*Krew pengurusan kami juga sedia membantu anda jika anda mempunyai sebarang keperluan tertentu.